Friday, August 3, 2012

Sejarah Tokey Kurma, Yusof Taiyoob


Anda pasti pernah dengar produk kurma berjenama Yusuf Taiyoob bukan? Ingin tahu sejarah kehidupan pemilik produk ini sehingga beliau mampu bergelar datuk? Usahawan Melayu Islam yang sangat sinonim dengan produk kurma nya ini bernama Datuk Yusuf Taiyoob, 47, yang memiliki empayar perniagaan sendiri bernama Yusuf Taiyoob Sdn Bhd.

Yusuf Taiyoob Sdn Bhd


Yusuf Taiyoob Sdn Bhd

Kesungguhan beliau untuk berjaya dalam bidang perniagaan sememangnya tidak dapat dinafikan. Zaman remaja beliau sudah bermandikan cabaran demi cabaran dalam dunia perniagaan. Bermula dengan penjualan minyak wangi di Lapangan Terbang Bayan Lepas, yang diadun sendiri oleh beliau ketika berumur 19 tahun, penerimaan pada peringkat awal adalah sangat memberangsangkan. Sehinggalah pada satu ketika, beliau jatuh sakit (muntah darah akibat pendarahan dalaman yang serius) akibat tekanan yang dihadapi dek kerana penjualan yang merudum teruk. 


Memang tidak dapat dinafikan, dugaan yang beliau hadapi, memberi kesan terhadap usahanya menjadi seorang usahawan berjaya. Namun, beliau nekad untuk menukar bentuk perniagaan yang lain dengan mengimport makanan termasuk kurma secara kecil-kecilan.

Lama-kelamaan, usahanya berhasil apabila perniagaannya berkembang maju dan produk keluarannya semakin popular termasuk di Singapura, Indonesia dan Thailand. Kini, beliau sudah pun memiliki lebih 1,000 pengedar di negara ini tidak termasuk di luar negara dan hampir 50 kakitangan di pejabatnya. Bilangan pekerja itu tidak termasuk pekerja di tiga gudang di Pulau Pinang dan Kuala Lumpur. 

Begitulah serba ringkas kisah seorang usahawan tempatan, Datuk Yusuf Taiyoob. Bukan senang nak senang. Tiada jalan pintas untuk kecapi kebahagiaan. Bermacam-macam dugaan yang TUHAN berikan. Namun, berkat, usaha dan keyakinan terhadap kekuasaan ALLAH s.w.t, beliau mampu membuka fenomena baru dalam perusahaan kurma di negara kita.

Semoga kisah Datuk Yusuf Taiyoob ini dapat memberikan anda semangat untuk sentiasa sukses dalam kehidupan anda. Saya juga masih lagi mencari-cari jalan ke arah kebahagiaan dan kesenangan hidup di dunia mahupun di akhirat. 


Siapa tak kenal, kurma yang paling popular di Malaysia.. berjenama Yusuf Taiyoob, iaitu bersempena dengan nama big big boss nya sendiri iaitu Datuk Yusuf Taiyoob. Hari-hari asyik dengar iklan Yusuf Taiyoob di radio dan TV.. Kalau akhbar tu xpayah cakap la.. siap full page lagi tu..

Yang menarik, kompleks kilangnya terletak di lokasi strategik iaitu bersebelahan Lebuh Raya Utara Selatan, sekali gus ribuan pemandu tidak akan terlepas pandang melihat bangunan berwarna coklat cair itu dengan nama Yusuf Taiyoob terpampang besar di satu sudut.

Nama Yusuf Taiyoob memang tidak asing lagi di negara ini kerana sering dikaitkan dengan kurma, apatah lagi jika disebut nama seperti Safia, Wasem, Safina, Amina, Ajmal, Ajwa dan Kurma Madu Yuta.


Oleh itu tidak keterlaluan beliau layak digelar ‘Raja Kurma Malaysia’, malah anak sulung daripada empat beradik itu turut mengakui Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas, pernah memanggilnya dengan gelaran ‘Datuk Kurma’. 

Wednesday, July 25, 2012

CARA MENGHIAS RUMAH DI HARI LEBARAN

Pelaburan mengindahkan kediaman menelan belanja besar lebih-lebih lagi jika membabitkan seluruh ruang. Bagi tingkap besar serta luas, bajet menyediakan langsir boleh mencecah ribuan ringgit. Begitu juga jika ingin mengetengahkan cat bermutu di dinding.

Sehubungan itu, jika memilih cat dinding, pastikan ia mampu bertahan sekurang-kurangnya melebihi 10 tahun. Jika mahukan hiasan dalaman unik, belajar memberi kelonggaran terhadap pilihan perabot. Misalnya, cuba kaedah suai-padan kerusi dengan meletakkan sofa tiga tempat duduk, kerusi bersayap dan bangku jati setempat.

Usah abaikan pencahayaan dalam almari kerana ia berupaya meminjamkan imej ekslusif. Berikut dikongsi 20 panduan serta helah terbaik yang mungkin dapat membantu anda mewujudkan kediaman impian.

1. BANTAL DAN KUSYEN HIASAN MENERBITKAN WARNA

Sepasang bantal atau kusyen hiasan belum memadai menyerikan sofa. Sebaliknya, disyorkan tambah sepasang lagi namun biarlah yang menampilkan tekstur, warna serta corak bertentangan latar sofa.

2. BELI KATIL BESAR

Perabot kecil hanya membuatkan bilik kecil bertambah nampak sempit. Bagi mengatasinya, beli katil tinggi dengan kepala katil besar supaya bilik nampak lebih luas.

3. BUKA PINTU KABINET

Pintu kabinet lebih menarik dibuka berbanding ditutup. Ia seolah-olah mempelawa tetamu masuk ke dunia rahsia anda menerusi pelbagai koleksi kesayangan yang disimpan di dalamnya.

4. PILIH HITAM

Bukan semua dinding berwarna gelap menyebabkan ruang nampak sesak dan terhimpit, sebaliknya ada juga yang membantu ruang dilihat lapang dan berudara.

5. KERTAS DINDING

Ia cara terpantas mengubah pintu kaca sorong almari, mendahului cat serta kemasan kaca.

6. PERANCANGAN KOLEK? SI UKURAN BESAR

Dinding yang dibahagikan kepada sempadan tertentu membantu koleksi kesayangan ditempatkan secara teratur lagi sistematik.

7. AMBAL/PERMAIDANI DI BILIK AIR

Jadikan ambal/permaidani sebagai pengganti alas mengelap kaki. Selain berfungsi mengeringkan tapak kaki basah, ia turut membentuk sebahagian hiasan ruang.

8. TIDAK MEMILIH SOFA UNTUK RUANG TAMU

Tidak ada peraturan mengatakan sofa wajib mengisi ruang tamu. Maka, bukanlah satu dosa sekiranya anda tidak memilihnya sebagai perabot utama ruang berkenaan.

9. PUTIH SEPANJANG ZAMAN

Bilik dihiasi serba putih tak pernah lapuk dek zaman sebaliknya warna itu sesuai mewakili sebarang gaya, dari klasik hingga kontemporari.

10. SUAI PADAN

Katil bertiang empat mampu mewujudkan kelainan di bilik tidur mempraktikkan hiasan moden.

11. PILIHAN LAMPU BERTINGKAT

Lampu empat lapis menawarkan ragam pencahayaan menarik berbanding dua lapis. Ia sesuai dalam mendapatkan ruang terang-benderang selain menyediakan pencahayaan secukupnya bagi tujuan membaca serta menyiapkan tugasan pejabat.

12. ALAS MEJA PANJANG KEMAS DAN RAPI

Selain menjadi hiasan meja, alas meja panjang boleh dijadikan penyeri sofa. Namun, syaratnya, lipat alas meja berkenaan kepada dua bahagian, sebelum disemat rapi di bahagian penyandar serta kusyen duduk sofa.

13. JAUHI KELAZIMAN MEMILIH MEJA KOPI BIASA.

Meja kopi paling versatil adalah bangku ottoman yang diubah fungsi menjadi meja. Selain menempatkannya di tengah set sofa, pilih dulang paling ekslusif serta mewah untuk dijadikan permukaan meja berkenaan.

14. UPHOLSTERI MEMBENTUK KARAKTER RUANG

Terlalu banyak kaki kerusi dan meja membuatkan ruang nampak berserabut. Bagi mengurangkan kesan itu, pasang upholsteri pada satu atau dua kerusi di situ.

15. KEEMASAN YANG MENAWAN

Warna keemasan kembali popular. Sisipan warna itu menghangatkan ruang.

16. TUMBUHAN MEMBAWA KECERIAAN CERUK DAN SUDUT

Tiada apa mampu `melembut'kan sudut serta ceruk tersembunyi kediaman luas melainkan sebuah pokok dalam pasu.

17. KULIT TAHAN LAMA

Kemasan kulit dan vinil dianggap paling tahan lasak dan berupaya bertahan lama. Ia disyorkan sebagai material kerusi makan lebihlebih lagi yang memilih putih sebagai tema ruang berkenaan.

18. SUAI PADAN KERUSI MEJA MAKAN

Kepelbagaian menghasilkan sesuatu yang indah untuk ditatap dan boleh dicuba dengan mencampurkan pelbagai rekaan serta jenis kerusi meja makan. Selain berbeza, ia mendatangkan keseronokan ketika memilih kerusi yang ingin diduduki.

19. PENCAHAYAAN ALMARI PAKAIAN

Jika sayangkan almari pakaian anda, labur wang untuk mengecat, memasang kertas dinding atau menampal gambar kegemaran yang boleh membangkitkan motivasi di pintunya. Namun, jangan lupa lengkapinya dengan pencahayaan disyorkan khas untuk almari itu.

20. PERBAHARUI BARANGAN VINTAJ

Jangan gusar mengecat semula peninggalan barang vintaj anda. Ketika melakukannya, ubah kebiasaan dengan memilih warna ganjil seperti hijau lumut, biru langit, merah peti pos dan sebagainya.

Sekalipun dikategorikan barangan lama, tidak semestinya ia harus dicat dengan warna coklat dan kusam saja.

PANDUAN CARA MEMILIH SAYUR-SAYURAN DAN BUAH-BUAHAN

Panduan cara memilih sayur-sayuran dan buah-buahan

* Pilih sayur dan buah yang segar dan cerah warnanya.

* Buah-buahan dan sayur-sayuran jenis bunga mestilah kelihatan cantik bentuknya dan keras.

* Buah-buahan dan sayur-sayuran jenis buah perlu dipilih yang berkeadaan elok dan tidak kelihatan berkedut dan kulitnya dan kelihatan banyak mengandungi air.

* Buah-buahan segar mestilah ranggup apabila dimakan.

* Sayur-sayuran jenis kekacang pelu dipilih yang cerah warnanya dan ranggup apabila dipatahkan.

* Sayur-sayuran jenis akar atau bebawang perlu keras apabila ditekan dan kelihatan banyak mengandungi air.

* Sayur-sayuran jenis pucuk hendaklah bewarna cerah, segar dan kelihatan banyak mengandungi air.

Cara menyimpan sayur-sayuran dan buah-buahan

* Penyimpan yang betul perlu untuk memastikan sayur-sayuran dan buah-buahan segar dan tahan lama.

* Sayur-sayuran dan buah-buahan perlu dibasuh,dibalut dengan kertas dan disimpan di bahagian bawah atau ruangan khas untuk sayur-sayuran dan buah-buahan di dalam peti sejuk.

* Jika tiada peti sejuk, sayur-sayuran dan buah-buahan boleh diletakkan di tempat yang dingin dan redup di bahagian dapur.Elakkan menggunakn beg plastik untuk mengelakkan buah menjadi layu dan vitaminya hilang.

* Buah-buahan seperti pisang jangan jangan disimpan di dalam peti sejuk kerana kulitnya boleh menjadi lebam.

* Sayur-sayuran dan buah-buahan di dalam tin hendaklah dipindahkan di dalam bekas simpanan yang lain sebaik sahaja tin dibuka dan disimpan di dalam peti sejuk.

* Kentang, keledek, labu dan bawang hendaklah disimpan di dalam bilik yang agak gelap dan sejuk dan jika perlu hendaklah disimpan di dalam bekas yang ada aliran udara

Saturday, July 21, 2012

Perpindahan Pemain EPL Musim 2012/2013


Nama Pemain
Dari
Kelab Terbaru
Nilai (euro)
1.Marvin SordellWatfordBolton3.6m
2.Marcus OlssonHalmstadsBlackburn
3.Bradley OrrQPRBlackburn1.8m
4.Thomas EisfeldBorussia DortmundArsenal
5.Gylfi SigurdssonHoffenheimTottenham10m
6.Samba DiakiteNancyQPR4m
7.Romain AmalfitanoReimsNewcastle
8.Marko MarinWerder BremenChelsea9.8m
9.Brett HolmanAZ AlkmaarAston Villa
10.Lukas PodolskiFC KolnArsenal13m
11.Shinji KagawaBorussia DortmundMan.United15m
12.Eden HazardLilleChelsea40m
13.Nick PowellCrewe AlexandraMan.United
14.Ryan NelsenTottenhamQPR
15.Andy JohnsonFulhamQPR
16.Robert GreenWest HamQPR
17.Olivier GiroudMontpellierArsenal16m
18.Mladen PetricHamburgFulham
19.Ben FosterBirminghamWBA
20.Garath McClearyNottingham ForestReading
21.Steven WhittakerGlasgow RangersNorwich City
22.Stephen HendersonPortsmouthWest Ham0.8m
23.Mohamed DiameWiganWest Ham
24.Jussi JaaskelainenBoltonWest Ham
25.George McCartneySunderlandWest Ham
26.Jay RodriguezBurnleySouthampton8.7m
27.Karim El AhmadiFeyenoordAston Villa2.8
28.Jamie NessGlasgow RangersStoke City
29.Jacob ButterfieldBarnsleyNorwich City
30.Steven NaismithGlasgow RangersEverton
31.Pierce SweeneyBray WanderersReading
32.Steven DavisGlasgow RangersSouthampton
33.Gael BigirimanaCoventryNewcastle1.3m
34.Sascha RietherKolnFulham
35.Matthew LowtonSheffield UnitedAston Villa3.8m
36.Jan VertonghenAjax AmsterdamTottenham12m
37.Park Ji Sung
38.Robin van Persie
Man.United
Arsenal
QPR
Man.United

24m



Thursday, July 19, 2012

7 Penjahat Yang Susah Mati


1. Edward Teach a.k.a Blackbeard 



Edward Teach atau yang juga dikenal sebagai Blackbeard adalah kapten lanun laut Inggeris. 
Dia dikenali dengan memiliki 16 istri.

Bagaimana ia akhirnya mati?

Blackbeard akhirnya memlarikan diri ke North Carolina di Amerika, untuk bersenang-senang 
dengan harta kekayaan rampasannya. Namun, gabenur Virginia waktu itu, tidak suka dengan cara 
Blackbeard. Ia mengirim dua kapal perang untuk menyerang kapal Blackbeard, dipimpin oleh Robert Maynard.

Namun, Blackbeard tidak lari dari kapal-kapal Maynard. Dia malah menaikinya. Setelah memletopkan
kapal tersebut di atas dek dengan granit, dia mencari Maynard. Maynard hampir kehilangan 
seluruh jarinya sebab ditetak dengan pedang oleh Blackbeard. Hebatnya, pedang Maynard patah 
sebab cuba melibas dengan pedang kepunggung Blackbeard.

Ketika selesai berlawan, Blackbeard telah ditusuk setidaknya dua puluh kali dan ditembak 
lima kali, dan akhirnya mati karena pendarahan. Sebelum mati, ia sempat mengisi pistolnya 
kembali untuk terus menembak anak buah Maynard.





2. Pablo Escobar 



Pablo Escobar adalah pemimpin Kartel Dadah Medellin, sebuah sindiket dadah asal 
Colombia (Amerika Selatan) yang membekalkan 80% cocain di seluruh dunia. Pada 
tahun 1989, Escobar dinamakan sebagai manusia ke-7 terkaya di dunia dengan aset 
sebanyak US $ 25 bilion.

Bagaimana ia akhirnya mati?

Sebuah pasukan khas bernama Search Bloc yang dibina atas pembekal-pembekal dari US 
Delta Force, SEAL Team 6 dan polis Colombia cuba membunuhnya.

Tembak-tembakan berlangsung di HQ Medellin, dengan Escobar akhirnya naik ke atas 
bumbung, loncat dari satu bangunan ke bangunan lain, dengan masih terus ditembak di kaki 
dan badan. Escobar terus selamat hingga akhirnya ia membunuh dirinya sendiri dengan menembak 
kepalanya. Ketika dibedah siasat, kecederaan Escobar dianggarkan mempunyai seribu luka 
tembakan di seluruh badan dan kakinya.





3. Ned Kelly 



Ned Kelly adalah seorang jenayah berasal dari Australia yang hidup di abad ke-19. Dia 
bertanggung jawab atas rompakan dua bank besar dan pembunuhan tiga orang polis. Hebatnya, 
dia membunuh tiga orang polis tersebut untuk melarikan diri dari tangkapan polis.
Bagaimana ia akhirnya mati?

Ned Kelly dan gangnya akhirnya menculik kira-kira 70 orang tebusan dari Glenrowan Inn 
ketika itu mereka tahu bahawa kereta api yang penuh dengan polis sedang mengejar mereka. 
Ned Kelly juga berusaha untuk menjatuhkan keretapi tersebut di tengah-tengah jalan, yang akhirnya gagal.

Kesemua penjenayah tersebut lalu memasang baju zirah (baju besi) ciptaan mereka sendiri.

Kelly keluar dari Glenrowan Inn, menembak polis yang menembak ke arahnya. Peluru polisi 
tersebut dipantul oleh baju zirah milik Kelly, namun pahanya yang tidak dilindungi menjadi 
titik lemahnya.

Kelly akhirnya menyerah kerana terlalu banyak luka di kakinya. Seluruh anggota gengnya mati 
masa tembak menembak, namun Kelly hidup dan dibawa ke mahkamah. Dia dihukum mati, dan kata-kata 
terakhirnya sebelum meninggalkan mahkamah adalah "Aku akan bertemu selepas aku mati."

Dua minggu kemudian, hakim yang memjatuhkan hukuman mati terhadap Kelly meninggal kerana serangan jantung.




4. Leon Trotsky



Leon Trotsky adalah orang kanan pemimpin Bolshevik di Rusia, Lenin.

Selepas Lenin meningggal, dia harus kepada Stalin. Tapi Stalin telah mengeluarkanya dari 
Parti Komunis Rusia dan mengasingkannya dari Rusia. Trotsky bertekad untuk membalas dendam 
terhadap Stalin dan dia terus mengadu kepada Kongres Amerika Syarikat.

Bagaimana ia akhirnya mati?

Trotsky tidak diberi masuk ke Amerika oleh Imigresen. Akhirnya, ia pindah ke Mexico City, 
dimana ia cuba dibunuh oleh pembunuh upahan Stalin bernama Ramon Mercader.

Mercader dapat menetak kepala Trotsky dengan kapak. Tapi Trotsky bangun dari tempat duduk 
dan terus meludah Mercader, dan mengejar Mercader dan berlawan dengannya, dengan kapak di kepalanya.

Pembantu pembantu Trotsky akhirnya dapat masuk ke dalam bilik, dan terus membunuh Mercader, 
dan membawa Trotsky ke rumah sakit. Ia meninggal kerana komplikasi penyakit di kepalanya 
beberapa hari kemudian.






5. Gabriel Garcia Moreno 



Gabriel Garcia Moreno adalah presiden Ecuador di abad ke 19. Dia adalah seorang Katolik yang 
taat dan dia yg bertanggung jawab dalam pembukaan Parti Konservatif Ecuador.

Moreno menyatakan bahwa agama resmi negara adalah Katolik, dan mengharuskan siapapun yang ingin 
masuk politik harus seorang Katolik. Peraturan ini ditentang oleh orang ramai sehingga ada yang ingin membunuhnya.

Bagaimana ia akhirnya mati?

Satu hari, Moreno sedang berjalan keluar dari gerejanya di Quito. Dia tiba-tiba diserang oleh 
sekelompok penyerang dengan kapak, ke arah lehernya, tengkorak dan otaknya, dan memutuskan 
lengan kirinya dan tangan kanannya.



Moreno tetap berdiri kembali. Para penyerangnya menembaknya enam kali di dada. Dia lalu diserang lagi dengan 
pedang tak kurang lebih dari 14 kali. Bahkan setelah itu, Moreno masih sempat menuliskan "Tuhan takkan mati" 
di tanah dengan darahnya sendiri.

Setelah penyerangnya pergi, para pendeta gereja membawanya masuk ke dalam gereja, di mana ia akhirnya hidup 
untuk 15 minit lagi dan mati.









6. Ferdinand Magellan 



Ferdinand Magellan adalah seorang penjelajah berasal dari Portugis. Dia orang pertama yang berjaya mengelilingi dunia, 
dan orang Eropah pertama yang menginjak kaki di Filipina.

Magellan bersetuju untuk membunuh seseorang bernama Lapu-Lapu, musuh dari dua raja Filipina.

Bagaimana ia akhirnya mati?

Magellan akhirnya mendarat di pulau milik Lapu-Lapu yang bernama Mactan. Lapu-Lapu tahu mereka akan datang, 
kerana sebuah bala tentera telah siap menunggu mereka.

Magellan ditembak dengan peluru beracun ketika ia menginjakkan kaki di Mactan. Tapi dia tetap berlari ke 
depan, di belakangnya sebuah kapal penuh bala tentara milik Magellan.

Dia terus ditusuk di muka dengan sebuah tombak buluh, dan lengannya putus kerana kena pedang musuh. selepas itu kakinya juga dipotong. 
Ia akhirnya jatuh tersungkur ke tanah, tidak berdaya.

Tentera Lapu-Lapu terus menerus menerus memukulnya, namun Magellan masih hidup dan meneriak 
supaya anak buahnya kembali ke kapal dan berundur. Di tengah hujan dan pukulan dari tentera musuh, 
Magellan melihat anak buahnya berundur barulah ia mati.


7. Grigori Rasputin



Rasputin adalah seorang sami yang hidup dan berkerja dengan Tsar Nikolas II di Rusia, pada awal abad ke 20. Tsar Nikolas II
(Raja Rusia) percaya bahwa Rasputin dapat mengobati anak mereka yang terkena hemofilia bernama Alexei, 
jadi ia menyuruhnya untuk tinggal di Istana bersama leluarga Tsar.

Rasputin memiliki watak yang tidak begitu baik. Ia adalah seorang lintah darat dan juga seorang pemabuk, 
dan sering menerima rasuah dari orang-orang yang meminta bantuannya. Gaya hidup Rasputin membuatnya akhirnya kurang 
disukai oleh kerajaan yang memerintah.

Bagaimana ia akhirnya mati?

Rasputin ditusuk oleh seorang pembunuh upahan pada 1914. Tapi ia tetap hidup. Setelah sembuh, masih ramai orang ingin 
membunuh dia dan kali ini dengan cara meracun dia dengan wine. Tapi Rasputin tetap hidup, entah kenapa.

Di sebabkan Rasputin masih hidup, mereka mencuba membunuhnya lagi, kali ini dengan menembak kepalanya. Rasputin, terjerembab 
ke tanah, tapi sebenarnya dia hanya berpura-pura mati. Setelah merasa Rasputin dah mati para “pembunuh”-nya pun
meninggalkan tempat itu. Yang lucunya, ada pulak seorang tu tertinggal jaket dan dia kembali ketempat itu untuk mengambail jaket dia balik.
Bila sampai disana Rasputin pun menjerit dan mencekiknya.

Bila terdengar Orang-orang itu datang balik ketempat kitu, mereka menembak dia lagi tiga kali di kepala, dan terjatuh ke tanah. Tapi… ya… 
dia belum mati. Dia bangun, lalu terus dipukul sampai pengsan. Mereka membungkus tubuh Rasputin dengan 
selimut dan membuangnya ke Sungai Neva yang teramat sejuk. Ketika mereka jumpa mayat Rasputin balik, selimut itu berlumuran 
darah dan badannya penuh luka tembakan, perutnya penuh dengan racun, dan banyak lebam akibat dipukuli, Rasputin diberitakan 
disebabkan kesejukan.

Popular Posts

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Car Price in India