Thursday, June 21, 2012

BUAYA MATA SATU JADI BURUAN KERANA DENDAM


Beberapa hari lepas, kita dikejutkan dengan berita kematian seorang wanita yang menjadi mangsa buaya diSungai Sebelak, Saratok. Suami kepada wanita berkenaan yang juga merupakan ketua rumah panjang Nanga Sungai Anak, Roban di sini, Embol Asum, 48, tekad untuk memburu haiwan yang dikenali sebagaiBujang Sebelak bagi melunaskan dendam antara mereka.
Embol berkata, penduduk kampung telah menahan pukat di kuala Sungai Anak bagi mengelakkan buaya sepanjang kira-kira lima meter dan ukur lilit sebesar tong dram itu terlepas ke Sungai Sebelak. Beliau turut menyatakan perasaan geram dan marahnya hanya akan hilang selepas berjaya memburu binatang bermata satu itu (buta mata sebelah kiri).
Beliau mahu menghapuskan buaya itu yang telah menyebabkan dua anak perempuannya kehilangan ibu mereka. Tambahnya, dia juga akan menggunakan khidmat bomoh buaya bagi menangkap reptilia itu yang dipercayai telah membunuh dua lagi mangsa di Sungai Sebelak sejak tahun 2010.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Archives

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Car Price in India