SEBUAH potret lama berusia lebih 500 tahun yang digantung pada satu sudut dinding Muzium Louvre di kota Paris, Perancis terus mencetuskan misteri yang membingungkan ramai pihak sehingga kini.
Lukisan potret berasaskan cat minyak itu menggambarkan seorang gadis yang tidak dinafikan kecantikannya. Dia kelihatan menghadap ke arah pelukis dengan kedua-dua pergelangan tangannya dirapatkan antara satu sama lain.
Lalu dengan kedudukan begitu, Leonardo Da Vinci terus menggerakkan peralatan melukisnya dengan warna tertentu di atas kepingan papan mengikut corak dan pemandangan di hadapan matanya, sekitar 1503. Pelukis itu mengambil masa lama untuk menyiapkan lukisan itu sebaliknya ketelitian dan pelbagai penekanan dalam proses menghasilkan kerja seni itu menyebabkan potret bergelar Mona Lisa itu siap empat tahun kemudian.
Kini, selepas lebih 500 tahun, potret agung bersaiz 53 sentimeter lebar dan 77 sentimeter panjang itu digantung di sebalik cermin yang dilengkapi pengawasan ketat di sebuah galeri khas muzium terbabit. Sebelum dipindahkan ke galeri khas itu pada April 2005, jutaan peminat dari seluruh dunia mengunjungi Muzium Louvre semata-mata ingin melihat potret yang penuh dengan misteri dan enigma itu.
Selain kekaguman melihatkan hasil seni yang memukau, tanda tanya dan kebingungan pasti menerjah ke benak minda kebanyakan pihak yang memerhati dengan teliti riak wajah pada potret itu. Senyuman gadis itu aneh sekali, jarang sekali manusia memiliki senyuman misteri Mona Lisa. Bentuk senyuman itu tampak berbeza jika dilihat dari sudut berlainan. Ketaksuban terhadap senyuman itu menyebabkan ia menjadi igauan penyelidik, ahli psikologi dan pengkaji seni dalam usaha menafsirkan makna di sebalik senyuman itu.
Sekecil-kecil sudut dalam lukisan berkenaan diteliti bagi membongkar rahsia yang menyelubungi wanita itu malah satu program komputer direka khas untuk mengetahui perasaan model terbabit ketika dia menyimpulkan senyuman seunik itu.
Program komputer dibangunkan Universiti Illinois dan Universiti Amsterdam itu membandingkan apa yang diimbas dengan pangkalan data berbagai ekspresi wajah manusia. Ia mengukur bentuk seperti lingkungan bibir dan kerutan sekitar mata untuk menghasilkan kesimpulan. Hasilnya, program mengenal emosi itu menyatakan bahawa wanita dalam lukisan Da Vinci itu berada dalam kondisi bahagia dengan peratusannya ialah 83 peratus gembira, sembilan peratus jijik, enam peratus takut dan dua peratus marah. Pada 2003 ilmuwan dari Universiti Harvard mengatakan, cara mata pemerhati memproses maklumat visual membuatkan senyuman Mona Lisa hanya tampak unik ketika seseorang memandang bahagian lain dalam lukisan itu.
Baru-baru ini pula, sekumpulan penyelidik Kanada cuba membongkar misteri dengan mengandaikan bahawa senyuman Mona Lisa itu sebagai tanda kegembiraan wanita berkenaan yang baru saja melahirkan anak keduanya. Andaian itu berdasarkan penemuan kumpulan pengkaji itu yang mengamati bahagian lukisan berkenaan menggunakan cahaya inframerah dan teknik tiga dimensi. Dengan teknik itu, mereka dapat melihat goresan cat lapisan demi lapisan dihasilkan Da Vinci selain menjumpai bahagian yang tidak dapat dilihat mata kasar, sebelum itu.
"Dari pengamatan yang sangat mendalam terhadap lukisan itu, jelas terlihat bahawa baju dipakai Mona Lisa dilapisi kain kasa lutsinar," kata Bruno Mottin dari Pusat Penelitian dan Restorasi Muzium Perancis. Kain jenis ini banyak dipakai wanita Itali yang sedang mengandung atau baru saja melahirkan anak pada abad ke-16.
Sebelum itu, bahagian berkenaan jarang diamati kerana dianggap terlalu gelap sehingga sukar dilihat mata kasar. Namun, dengan teknik tiga dimensi itu, dapat dipastikan model Da Vinci itu sedang memakai pakaian berkenaan selepas melahirkan putera kedua.
Selain senyuman unik, satu lagi keistimewaan gaya lukisan Da Vinci menerusi potret berkenaan menyebabkan bebola mata Mona Lisa akan sentiasa memandang ke arah pengunjung tidak kira dari arah mana mereka memerhatikan lukisan itu. Akan tetapi, antara misteri paling utama dalam potret Mona Lisa untuk mengenalpasti siapa wanita itu sebenarnya.
Teori mengatakan wanita itu gembira kerana baru melahirkan anak kedua mengaitkan bahawa model Mona Lisa sebenarnya ialah Lisa Ghererdini, isteri seorang pedagang bernama Francesco de Giocondo. Nama Mona Lisa yang digunakan bermaksud Madam Lisa.
Bagaimanapun, terdapat wanita lain yang dikaitkan sebagai Mona Lisa; selain Lisa Ghererdini, wanita yang turut dikaitkan sebagai model Mona Lisa ialah Isabella of Aragon, Caterina Sforza dan Constanza d'Avalos. Seorang penulis, Serge Bramly, pula mengemukakan teori bahawa model kepada lukisan Mona Lisa adalah ibu kepada Da Vinci dikenali sebagai Caterina.
Terdapat juga pengkaji seni yang mengandaikan bahawa wajah Mona Lisa dilukis Leonardo tanpa merujuk kepada mana-mana model sebaliknya ia berdasarkan imaginasi pelukis itu yang banyak menghabiskan masa mengkaji teknik melukis wajah seseorang.
Bagaimanapun, teori yang paling mengejutkan dikemukakan Dr Lillian Schwartz dari Bell Labs yang menyatakan bahawa Mona Lisa sebenarnya wajah Leonardo sendiri dalam versi wanita. Teori itu diperoleh apabila Schwartz menggabungkan wajah Leonardo dan wajah Mona Lisa dan hasilnya, didapati bentuk kedua-dua wajah itu adalah selari!
FAKTA: Potret Mona Lisa
Lukisan itu menjadi popular selepas dicuri dari Muzium Louvre pada 21 Ogos 1911. Selepas kecoh mengenai kehilangan itu, seorang pekerja muzium terbabit iaitu Vincenzo Peruggia akhirnya didapati bersalah. Lukisan itu dijumpai dan dikembalikan ke Muzium Louvre dua tahun kemudian.
Populariti potret Mona Lisa menyebabkan ia dijadikan lagu berlainan lebih 10 kali, diinspirasi sebagai filem atau babak filem dan pelbagai sastera serta seni kreatif lain. Judul Mona Lisa diberikan kepada potret itu 31 tahun selepas kematian Leonardo. Selain Mona Lisa, judul lain adalah Giocanda.
Keistimewaan Mona Lisa adalah matanya akan sentiasa memandang ke arah pemerhati tidak kira dari arah mana anda memerhatikannya. Senyumannya juga kelihatan berbeza dari setiap sudut pandangan berbeza.
Terdapat pertikaian bahawa Mona Lisa membiarkan rambutnya terurai hingga ke bahu seperti terlihat dalam lukisan bagaimanapun ia disanggah dengan kenyataan corak seakan rambut itu sebenarnya kain pelindung kepala dan hanya beberapa helai rambut kelihatan. Perbuatan membiarkan rambut bebas terurai di zaman Renaissance adalah ciri wanita muda yang tidak memiliki sopan santun.
Selepas 500 tahun, keadaan meterial lukisan Mona Lisa yang melewati masa lama semakin membimbangkan.
Thursday, June 28, 2012
Popular Posts
-
Skrinshot: Download: Rapidshare links Uploaded.to links Football Manager 2012 v12 0 4 Update-SKIDROW RELEASE NOTES Read changelog...
-
Mungkin ana terlambat tahu tentang perkara ni. Baru-baru ni, adik ana, Nur Athirah telah memberitahu ana tentang perkara ni. Pada mulanya...
-
Pasangan hidup adalah salah satu hal yang amat menentukan terbinanya kehidupan sakinah wa rahmah didalam keluarga. tentunya selain ketaqwaan...
-
wkwkwkwk seluar tahik!! ni jadah tak tau nama apa suka sangat dia pakai seluar ni.. xD~ seluar sedap laki memand...
-
1. Edward Teach a.k.a Blackbeard Edward Teach atau yang juga dikenal sebagai Blackbeard adalah kapten lanun laut Inggeris. Dia dikenali ...
-
Panduan cara memilih sayur-sayuran dan buah-buahan * Pilih sayur dan buah yang segar dan cerah warnanya. * Buah-buahan dan sayur-sayuran jen...
-
Oarfish Raja daripada herrings pengelasan saintifik Kingdom: Animalia Filum: Chordata Kelas: Halaman carian Pesanan: Lampriformes Kel...
-
Jika kita bertanya pasal TITANIC kepada seseorang ,kebanyakan mereka tahu berkaitan dengannya. Jika mereka tidak tahu secara terperinci peri...
-
Malaikat Izrail adalah salah satu di antara empat pembesar malaikat yang empat selain malaikat Jibrail, Mikail dan Israfil Dikenali malaikat...
-
Gunung menakjubkan ini seluas 31 kilometer persegi. Puncaknya yang rata ini menjanjikan pemandangan yang menakjubkan. Seolah-olah kita b...
Archives
-
▼
2012
(76)
-
▼
June
(70)
- Sejarah Iblis yang bernama Azazil
- Islam Dan Konsep Ketuanan Melayu
- Rahsia Firaun Bina Piramid
- Perihal Malaikat Izrail
- Adab dan Cara Menyambut Kelahiran Anak Dalam Islam
- 7 perkara tak boleh diubah dalam hidup
- ajaran2 sesat yg telah diwartakan
- 5 kelebihan orang berkulit gelap
- panglima awang- melayu pertama mengelilingi dunia?
- 10 Perang tersingkat sepanjang sejarah
- Ribuan Nyawa Dikorbankan Kepada Dewa Jahat Titanic...
- Sempadan Sebenar Semenanjung Tanah Melayu
- Lockout (2012)
- Rahsia Memotong Kuku
- Dallas 2012
- Chowkit (2012)
- Being Flynn 2012
- American Reunion UNRATED BluRay 720p 800MB
- Jalan Kembali: Bohsia 2 (2012) PPVRip
- Mengapa Yahudi menggali di bawah Masjid Al-Aqsa?
- Istana Lama Di Malaysia
- Kota Babylon Kembali Bernyawa
- 20 Bandar Terbengkalai Terkemuka dari Seluruh Dunia
- Misteri Potret MonaLisa & Leonardo da Vinci
- Sejarah Negeri Kelantan
- Keris dan Piramid di dasar lautan Okinawa
- Rahsia disebalik syarat peminangan puteri gunung l...
- Pantang Larang Melayu Lama
- Cara - Cara melayan Suami
- 11 Jenis Manusia Didoa Malaikat
- Islam Akan Mencapai Kemenangan Jika Solat Subuh Se...
- 10 Binatang yang awal masuk Syurga
- BETAPA PAYAHNYA MALAIKAT-MALAIKAT MEMINTA TANAH DA...
- Rukun Solat / Sembahyang
- Wuduk
- Sejarah & Penerangan Solat 5 Waktu
- Football Manager 2012 FULL|CRKFiX|v12.0.4|Mega Fac...
- Pro Evolution Soccer 2012 (PC Full)
- Awan Yang Jarang Dapat Di Lihat
- benda-benda terkecil di dunia
- Math dan keindahannya
- 10 Amalan Terbalik Masyarakat Melayu
- 18 Sebab Jin Merasuk Manusia
- SIKAP WANITA YANG DISUKAI LELAKI
- X Janda-Jandaku Gangster (2012) PPVRip
- 10 Bahasa Tubuh Wanita Yang Membuat Lelaki Tergoda
- MISTERI MANUSIA GERGASI DI DUNIA
- Oarfish
- Ayat memujuk supaya lelaki cepat masuk meminang
- BUAYA MATA SATU JADI BURUAN KERANA DENDAM
- Tasik 'Pink' Di Afrika Barat
- TEORI ANGKA 2012 DAN AL-QURAN
- 16 PETUA ISLAM UNTUK AWET MUDA
- 5 Seluar Pelik Antarabangsa
- Subhanallah! Puncak Gunung Yang Rata Menakjubkan
- 25 Wanita Yang Harus Dijauhi
- Cara Mengetahui Seorang Perempuan Masih Dara atau ...
- Twitter Symbian Apps Terbaik : Graviti
- Munchy’s Disahkan Haram – Mengandungi Arak?
- Freemason Di Putrajaya?
- Jom Bunuh Virus Pakai Linux!
- Jangan semasa tidur
- Ucapan Maaf Seorang Lelaki Boleh Menyihatkan Jantu...
- Prinsip Fizik giancoli dengan Aplikasi
- Lisa, Tiz, Intan, Scha & Faezah
- Who is The Most Cute in SNSD?
- Pengguguran = Pembunuhan
- Jika Binatang berFacebook…
- HARI KEHANCURAN
- Lelaki Berjubah Putih Muncul Mengangkat Pemuda Syahid
-
▼
June
(70)
0 comments:
Post a Comment