Mungkin ana terlambat tahu tentang perkara ni. Baru-baru ni, adik ana, Nur Athirahtelah memberitahu ana tentang perkara ni. Pada mulanya payah ana nak percaya, tapi setelah ana tengok kat Google Earth, senibinanya hampir sama dengan logo-logo atau simbol-simbol Freemason. Adakah semua ni kebetulan sahaja? Atau dirancang? Kepada sesiapa yang mempunyai info tentang Freemason di Putrajaya, harap boleh share di ruangan komen. Kat bawah ni, ana share sikit gambar-gambar yang ana sempat ambil daripada Google Earth. Sama-sama la kita fikirkan.
Simbol Compass and Square di Alamanda
Tengok sebelah mata pun dah nampak kan? Lebih kurang sama je ngan simbol Compass and Square freemason. Macam la tak ada rekabentuk lain kot yang arkitek Alamanda ni nak buat. Pelik-pelik
Simbol Mata dan Piramid di PICC, Presint 5
Simbol Mata dan Piramid di PICC, Presint 5
Cuba tengok PICC dari atas. Nampak cam mata(eyes) kan?
Jalan-jalan di sekeliling PICC pun seolah-olah membentuk mata. Kebetulan ke?
0 comments:
Post a Comment