Friday, June 15, 2012

Jom Bunuh Virus Pakai Linux!


Virus memang memeningkan kepala ana. Pernah jadi satu hari Pendrive ana kena virus shortcut. Memang menyakitkan hati. Cuba bayangkan assignment sebanyak-banyaknye hilang camtu je? Pergh.. Tension gile! Kalo setakat worm, folder cuma akan di-duplicate & ada extension .exe. Tapi yang terbaru ni sume file die nak duplicate! Sampai extension .docx pun boleh ilang :mad: !
Memilih Linux
Ana mengesyorkan Crunchbang Linux. Crunchbang Linux adalah Ubuntu-based, dan ia juga sangat bagus untuk di-install dalam USB Drive sebab Crunchbang ni lightweight sikit kalau nak dibandingkan dengan Ubuntu, Kubuntu atau lain-lain OS Linux. Tapi kalau USB Drive yang digunakan 4GB dan lebih, rasanya tak ada masalah kalau nak pakai distro Linux yang mana satu . Tetapi harus diingat! Kena la pakai yang debian-based sebab ana x try la pula dalam Knoppix :-( (Kalau ada pembetulan beritahu kat ana yer :-P ) Camne nak dapat? La..Pergi je la kat homepage untuk men-download Image File(.iso) :lol:
Install Linux Dalam USB Drive ?
Ha…Ni part paling masyuk. Bukan susah pun nak install Linux dalam Pendrive. 10++ minit gerenti boleh siap :-) Mula-mula sekali, download LiLi USB Creator. Boleh download kat sini. Lepas tu ikut je apa yang disuruh dek LiLi USB Creator tu. Sonang yo. :lol:

Antivirus?
Wah! Cakap pasal antivirus pulak kn. Jangan risau. Ana x suruh pun beli Kaspersky ke Norton ke Panda ke. Just download je yg ClamAV. Free, ringan & senang :lol:Satu lagi, xpayah susah2 nak register. Ha, kan da jimat mase tu :-D Untuk lebih menyenangkan korang sume, boleh la klik kat SINI tuk download ClamAV dengan syarat masuk dalam Ubuntu dulu.
Scan!!!
Last skali, jgan tnggu2 lg…trus je scan! :lol: Ala.. X reti ke? Cara nye macam ni. Buka terminal pastu taip ni(untuk update ClamAV dengan latest jenis2 virus) :
sudo freshclam
Dah abes update, baru la boleh scan virus. Senang cerite, pakai command line interface la yang terbaik. Cara nak scan, taip code di bawah kat dalam terminal korang :
clamscan -r --exclude=.avi --remove=yes /media/disk
Ana nak explain sket. Lepas --exclude= tu kalo korang nak letak .mp3, .mkv, .flv atau lain2 extension pn xpe sebab maksudnye, pengecualian daripada scan. Kalau xnak ade yg terkecuali(kejamnye :lol: ) xyah letak terus --exclude= ni. Just taip :
clamscan -r --remove=yes /media/disk
Yang /media/disk ni plak, ni bermaksud tempat destinasi yang korang nak scan tu. Kalau ana nak taw camne nak tengok, just right-click pastu tngok properties folder tu. Lepas ni ana akan upload gambar sket. Yela, connection ngah slow ni. Pape pun selamat mencuba! Kalau ad sebarang pertanyaan just comment kat bawah ni okay :-)

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Archives

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Car Price in India