Thursday, June 28, 2012

Rahsia disebalik syarat peminangan puteri gunung ledang

Didalam hikayat Hang Tuah ada dinukilkan,betapa agung dan rendah budinya sang laksamana kebanggaan kesultanan melayu melaka ini. Diasuh ketika kecilnya dengan baik,lengkap pengangan agamanya.Dan ketika membesarnya pula pergi ke gunung ledang bersama rakan-rakannya yang lain demi mencari ilmu didada.Dan ketika dipuncaknya,beliau diuji antara kehendak sultan ataupun kasihnya kepada sahabat karibnya Hang Jebat.

Dikisarkan dalam sejarah, Laksamana hang Tuah diberi titah oleh baginda sultan..titah besar yang harus dijunjung ,diselesaikan demi sultannya.loritanah cuba menyelinap rahsia sebalik syarat peminangan.check it out.

Lantaran perintah meminang puteri gunug ledang,Hang Tuah beserta para pengikut hamba istana beserta tun Mamat,mereka memanjat gunung ledang.namun disebalik urusan peminangan itu ada banyak kisah tersembunyi disebalinya.Menurut sumber sejarah,puteri gunung ledang meletakkan pelbagai syarat yang emm pelik didengar.Menurut filem Puteri Gunung Ledang(Usaha dari Tiara Jacquelina), keduanya mempunyai hubungan kasih tak kesampaian.namun disebalik syarat-syarat yang diberikan..emm terselindung penuh maksud,penuh simpulan kata-kata melayu indah.

Teori:disini saya ingin merungkai sedikit sebanyak makna syarat-syarat yang diberikan oleh tuan peteri itu,berdasarkan pemahaman serta renungan dalam.Benarkah Tun Mamat berjaya menemui Puteri gunung Ledang.Benarkah bagai dikata syarat-syarat itu keluar dari mulut puteri lagenda tersebut?Teori saya,emm pertama; samadaTun Mamat tidak berjaya menemui sang puteri ataupun Kedua; Penolakkan dibuat oleh puteri gunung ledang secara terus terang.Tun Mamat turun dengan hampa dan memberitahu permasalahannya kepada Datuk Laksamana.Lantaran dikurniakan akal yang cerdik penuh muslihat,masaalah ditukarkannya kepada permintaan.Umpama membaling 2 ekor burung dengan seketul batu,Menarik rambut dalam tepung,rambut tak putus, tepung tak berselerak.

teori;Hang Tuah,warganegara pertama melaka yang memikirkan kesihatan dan kebersihan negeri Melaka.



Disini saya cuba paparkan petikan syarat-syarat dari gunung ledang tersebut berdasarkan petikan cerita cinta agung PGL oleh Tiara Jacquelina.


Syarat pertama
Air mata dara yang tidak berdarah, tujuh tempayan banyaknya, jawapannya: 7 tempayan air mata anak dara sunti

kesimpulannya; Melaka dizaman kurun ke 15 amat pesat keadaannya.ini menarik ramai kedatangan pelayar-pelayar asing dari dalam kepulauan melayu mahupun dari luar.Hendaknya dapatlah gadis-gadis melaka senantisa menjaga kehormatan diri mereka serta mengekalkan martabat kegadisan yang sentiasadipandang tinggi.

Syarat kedua
Pinang bukan kawin tidak tua merah darah nya 7 tempayan banyaknya, jawapannya: 7 tempayan air pinang muda
kesimpulannya:pinang, antara pokok-pokok yang banyak ditanam ketika itu.Pelbagai kegunaan dari batang hingga ke pelepahnya ketika itu.mungkin anatara usaha Hang Tuah ketika itu ingin memajukan perusahaan berasaskan pokok pinang pastinya.Buahnya boleh dibuat bahan utama dalam resepi sireh orang dulu-dulu.


Syarat ketiga
Merangkak bebas didataran, darah juga kehendaknya sifatnya 7 dulang banyaknya, jawapannya: 7 dulang hati hama

Kesimpulannya: hati hama ataupun mengikut sesetengah riwayat hati kuman hendaknya.Hama banyak melekat pada tilam-tilam ataupun dikawasan yang tidak pernah dibersihkan mahupun pada pakaian yang lama tidak dibasuh.Seringkali membawa penyakit seperti kudis buta ataupun kurap dan lain-lain penyakit kulit.Alangkah indahnya jika punca kepada penyakit-penyakit kulit ini dapat di basmi ketika itu..



Syarat keempat
Terbang bebas diudara,darah juga kehendaknya ,sifatnya,7 dulang banyaknya, jawapannya: 7 dulang hati nyamuk

kesimpulannya;Nyamuk memanglah boleh dikatakan membawa penyakit.Pada ketika itu malaria ataupun denggi mungkin belum lagi dikenalpasti.Namun, tempat-tempat tadahan air yang terbiar seperti bekas-bekas kosong mahupun tempurung-tempurung kelapa boleh dijadikan tenpat membiaknya.Dengan ini rakyat akan lebih 'rajin' dalam membersihkan keadaan sekeliling rumah mereka dalam usaha mereka 'memburu nyamuk' atas titah diraja kelak.

Syarat kelima
darah putih rakyat untuk menambat darh kuning dari tapak ke tahta, jawapannya: Jambatan perak dari melaka ke Puncak Gunung Ledang

Syarat keenam
darah merah rakyat untuk menambat darah kuning dari tapak ke tahta, jawapannya: Jambatan emas dari melaka kepuncak gunung ledang

kesimpulanya: antara syarat k5 dan ke6 ini dapat saya simpulkan kepada satu tujuan.pembersihan!proses penyediaan bahan-bahan binaan nya amatlah tidak masuk akal sekali.Akan tetapi bayangkan, jika denai-denai laluan dibersihkan demi tujuan 'pembinaannya'.Bukankah akan menyenangkan lagi laluan pedagang-pedagang dari negeri lain yang mengunakan laluan darat?

Syarat ketujuh
darah seguntang tetap mengalir, badan bersilih menanti,sebatil, jawapannya: Darah putera mahkota melaka raja Ahmad,semangkuk



Kesimpulannya;sudah pastilah antara yang ingin disampaikan oleh Hang Tuah ketika itu mesej asal dari gunung ledang itu sendiri.Sekadar peringatan dengan cara tarik rambut dalam tepung,agar tiada yang berselerak nanti.Sudah pasti permintaaan yang terakhir ini boleh 'menyegarkan' kembali ingatan sultan atas tanggungjawab utama baginda sebagai pemerintah Melaka bumi berdaulat ketika itu.

0 comments:

Post a Comment

Popular Posts

Archives

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | Hot Sonakshi Sinha, Car Price in India