***Terkini!!!***
Buat masa sekarang, saudara se-Islam diingatkan agar tidak membeli sebarang produk Munchy’s(logo di atas) sehingga sebarang kata putus yang akan dikeluarkan JAKIM.
JAKIM melalui Bahagian Hab Halal menerima banyak pertanyaan dan aduan berhubung sms yang menyatakan “JAKIM telah membuat serbuan ke atas kilang Munchys di Batu Pahat dan menemui stor arak”.
Adalah dimaklumkan bahawa JAKIM tidak pernah melakukan serbuan seperti yang didakwa dan di sini juga, JAKIM ingin menafikan kewujudan pegawai yang menghantar sms tersebut adalah pegawai JAKIM di Putrajaya.
Sukacita dimaklumkan, produk yang dikeluarkan oleh kilang Munchys di Batu Pahat telah mendapat Sijil Pengesahan Halal dari JAKIM yang masih sah sehingga 31 Julai 2013.
JAKIM menasihatkan kepada semua pengguna agar merujuk kepada portal halal diwww.halal.gov.my untuk pengesahan.
Oleh itu, semua SMS itu diyakini sebagai penipuan pihak yang tidak bertanggungjawab. Tolong LIKE post ini untuk tujuan penyebaran sebelum lebih ramai lagi tertipu. Bagi sesiapa yang mempunyai maklumat yang terkini, ana harap korang boleh la tolong kongsikan di ruangan komen.
0 comments:
Post a Comment